Kopitiam merupakan sebahgian daripada budaya rakyat Malaysia. Hari ni saya ke sebuah kopitiam terletak di Bukit Bintang, Capitol Cafe, yang masih kekalkan decor-decor seperti kopitiam yang dulu.
Capitol Cafe menghidangkan menu yang dekat di hati rakyat Malaysia seperti Nasi Lemak Sambal Petai, Nasi Ayam Penyet, Nasi Ayam Hainan dan macam-macam lagi.
Walaupun terletak di tengah pusat bandar, kopitiam ini mengekalkan harga mampu milik, memudahkan bukan sahaja pekerja-pekerja di Kuala Lumpur malah juga para pelancong yang ingin merasakan suasana asli kopitiam dengan harga yang berpatutan dan makanan yang enak belaka.
📍Capitol Cafe
Alamat » No 46, 48 & 50, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
📞 03-2110 5591
⏰ Setiap Hari 7 AM - 4:30 PM
Ada penonton Destinasi TV tahu lokasi dan pernah makan disini? Kongsikan pengalaman anda!